Tuesday, November 29, 2016

DAGING SEGAR DAN FROZEN UNTUK KENDURI

Pekerja Kedai Zaini Fresh & Frozen sedang memotong Ikan Bawal untuk pelanggannya

PADANG SERAI, KULIM, KEDAH :  Musim cuti persekolahan telah bermula dan apabila musim  cuti persekolahan  maka akan bermulalah musim kenduri perkahwinan. Bagi sesiapa yang hendak mengadakan kenduri kahwin dan bagi tauke-tauke catering serta tauke-tauke kedai dan juga orang persaorangan boleh mendapatkan bekalan daging segar dan frozen daripada   Zaini Fresh & Frozen yang terletak di jalan besar antara Tasek Gelugor dan Padang Serai berhadapan dengan Kedai 1 Malaysia Padang Serai.

Menurut tauke kedai Zaini Fresh & Frozen, Zaini Abu Bakar, bagi memenuhi musim persekolahan yang  pastinya  akan dipenuhi dengan majlis kenduri perkahwinan,   Zaini Fresh & Frozen telah menyediakan bekalan yang mencukupi. Kami bukan saya menjual malah memproses potong mengikut kehendak pelanggan. Beliau menjual  daging dan barangan lain dengan harga borong walaupun pembelian runcit.
Zaini sedang memotong Ayam untuk memenuhi tempahannya

“Disamping menjual daging segar dan frozen kami juga  menjual ayam segar  malah  menyediakan khidmat memproses ayam daripada potong, basuh,  masukkan garam dan kunyit bagi memudahkan pelanggan terima ayam ini dan terus masak, ini khusus tempahan untuk majlis kenduri dan majlis-majlis keramaian.”

“Kami juga menjual rempah ratus yang memang sedap , telur pelbagai gred, daging itek ikan kering, sotong kering   dan  rempah cabai untuk kegunaan kenduri dan sebagainya. Sementara barangan frozen seperti kambing, daging, daging arnab, puyuh, barangan burger dan sebagainya juga terdapat di sini.” ujarnya.

“Kami menjual harga borong walaupun membuat pembelian runcit dalam  usaha menarik perhatian pelanggan. Alhamdulillah sehingga kini pelanggan kami semakin bertambah” ujarnya.

Disamping menjual barangan segar dan frozen dan barangan lain  beliau juga  menjual kambing golek yang siap diperap juga daging kambing dan ayam yang telah diperap bagi memenuhi permintaan masyarakat setempat.

“Lazimnya kambing yang siap diperap ditempah oleh mereka yang ingin berkelah.” Katanya.



Mai singah untuk  mendapatkan barangan sejuk beku dan segar, barangan untuk kenduri, ikan  dan sotong kering serta kambing dan ayam perap  di Zaini Fresh & Frozen, KEDAI DI BUKA DARI JAM 7 PAGI HINGGA 6 PETANG.  Untuk keterangan lanjut boleh berhubungan Zaini 012-585 3799.

No comments:

Post a Comment