Saturday, November 12, 2016

HARGA BORONG DI ZAINI FRESH & FROZEN


Zaini Fresh & Frozen satu-satunya kedai orang melayu  yang menjual barangan sejuk beku atau frozen di Padang Serai. Kedai ini  telah mula mencipta nama dan dikenali ramai khususnya di Padang Serai.

Perniagaan ini bermula 3 tahun lalu di No.36, Taman Damai (Belakang Bank BSN Padang Serai),  walaupun kedai itu berada di belakang namun sambutan yang di terima amat mengalakkan.
Zaini Abu Bakar

Kini Zaini Fresh & Frozen telah mengorak langkah dan  membuka sebuah lagi kedai di 241, Jalan Bagan, Padang Serai  dan mendaftar atas nama ZS Bubra Enterprise.
Kedai baru ini lebih strategic yang terletak di tepi jalan utama dari Tasek Gelugor ke Padang Serai berhadapan dengan Kedai 1 Malaysia Padang Serai, Tapak Pasar Pagi dan Pasar Malam Padang Serai.

Buat sementara waktu kedai lama hanya dijadikan stor untuk menyimpan stok barangan frozen kerana tidak cukup kakitangan yang mahir mengendalikan kerja-kerjanya. Namun kedai itu akan tetap dibuka dalam waktu terdekat ini.

Kena dengan namanya Zaini Fresh & Frozen kedai ini menjual barang-barang frozen seperti daging sejuk beku, kambing sejuk beku, burung puyuh, daging rusa  juga barang-barang sejuk beku burger. 


Disamping itu kedai ini  juga menjual daging, ayam dan itek daging segar juga rempah ratus persiapan kenduri, telur pelbagai gred serta pelbagai jenis ikan kering serta sotong kering.

 “Saya menjemput masyarakat sekitar Padang Serai khususnya orang-orang yang berniaga dan tukang-tukang masak  kenduri serta pengusaha katering untuk mendapatkan bekalan ini dari kedai saya. Saya menjual dengan harga borong.”

“Saya tidak mengikut harga pasaran peniaga sekitar sini kalau sesuatu barangan itu saya dapat murah saya akan menjual murah” ujarnya.


Zaini juga mempelbagaikan perniagaan berdasarkan sumber yang ada. Beliau  menjual kambing golek yang siap diperap. Disamping itu untuk ahli keluarga yang hendak berkelah beliau juga menjual ayam dan kambing yang juga siap di perap.

“Mereka beli dan terus bakar. Permintaan kambing dan ayam yang diperap amat mengalakkan terutama di musim-musim cuti sekolah” ujarnya.


Mai beramai-ramai mendapatkan barangan sejuk beku dan segar, barangan untuk kenduri, ikan  dan sotong kering serta kambing dan ayam perap  di Zaini Fresh& Frozen untuk keterangan lanjut boleh berhubungan dengan Zaini 012-585 3799.

No comments:

Post a Comment