Wednesday, December 21, 2016

DAPATKAN IKAN BAWAL BESAR DI KEDAI ZAINI FRESH & FROZEN



PADANG SERAI, KULIM, KEDAH : Bagi mereka yang kaki makan ikan bawal atau mereka yang berniaga boleh mendapatkan bekalan ikan bawal dengan harga yang amat berpatutan di sekitar 1 kg dengan harga RM18.00 di kedai Zaini Fresh & Frozen di sini.

Menurut Zaini, harga yang ditawarkan murah daripada harga pasaran dan kami akan memotong ikan bawal tersebut mengikut kehendak pelanggan. Kami ada stok ikan bawal yang di bawah 1kg atau 1 kg lebih seekor.  Untuk ikan yang 1 kg lebih harganya lain sikit.
Ikan Bawal 700 gm - 
1 kg harga RM18.00/kg

“Kami juga ada   menjual  sotong dan daging rusa  sejuk beku.  Kami juga menjual Ikan kering, ikan bilis serta sotong kering semuanya di jual dengan harga yan amat berpatutan. Saya menjemput khususnya para perniaga  atau tauke-tauke catering untuk datang melanggan terus dengan kami kami akan memberikan harga yang terbaik.”

Disamping ayam kedai Zaini Fresh & Frozen juga menjual barangan segar lain seperti daging lembu, daging itek , telur, ikan kering, sotong kering  dan  rempah cabai untuk kegunaan kenduri dan sebagainya. Sementara barangan frozen pula  seperti kamping, daging, daging arnab, puyuh, barangan burger dan sebagainya ada dijual di sini.
Pembantu kedai sedang
motong ikan bawal

Menurut Zaini, beliau amat terhutang budi kepada isterinya  Mimi yang memulakan perniagaan barang sejuk beku khususnya daging kira-kira 8 tahun lalu di Pasar Pagi Padang Serai dan setelah melihat potensinya untuk berkembang dan mendapat nasihat kawan-kawan yang telah menjalankan perniagaan ini beliau mengambil langkah yang berani membuka sebuah kedai di Padang Serai tiga tahun yang lalu.

“Kedai lama kami di belakang BSN Padang Serai dan buat masa ini kami jadoikan stor menyimpan barangan sejuk beku kerana di sana terdapat freezer yang besar. Walaupun  kedai kami berada di belakang  namun perniagaan kami berkembang dengan agak memberangsangkan akhirnya kami mendapat kedai yang lebih strategik di jalan besar di tengah-tengah pekan Padang Serai.”

“Alhamdulillah sambutan yang kami terima amat memberangsangkan.” ujarnya.


Mai singah untuk  mendapatkan barangan sejuk beku dan segar, barangan untuk kenduri, ikan  dan sotong kering serta kambing dan ayam perap di Zaini Fresh & Frozen, KEDAI DI BUKA DARI JAM 7 PAGI HINGGA 6 PETANG.Untuk keterangan lanjut boleh berhubung  Zaini 012-585 3799.

No comments:

Post a Comment